Sunday 19 February 2012

kawan.

salam dan selamat tengah hari..

hurmm pe maksud kawan..adakah kawan tu seorang kawan yang baik..? kawan yang sanggup bersedih bersama kita..? kawan yang sanggup menikam kita dari belakang..? so..meyh join dengan ak pe yang di maksudkan dengan kawan..sahabat atau teman ..


kawan yang baik dan sejati..



kawan yang sanggup tolong bila kita susah.. senyum*
bukannya kawan yang masa kita senang dia ada..tp bila kita susah..sume lari..(kwn ketawa senang dicari..kwn menangis takde sape peduli) :'(

kawan yang baik ialah kawan yang tegur/nasihat jika kita melakukan kesilapan..   senyum*
bukannya kawan yang tak peduli pasal kita..lagi sedih kalau ada yang menggalakkan kita lakukan kesalahan dan seterusnya hanyut..entah kemana.. menangiis 

kawan yang memahami perasaan kita..  sabaar*
bukannya kawan yang dok maki hamun kita..kutuk kita..langsung taknak bagi semangat..hurmm sedih.. menangiis 







Kita beruntung .... 

Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita … 

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat , begitulah juga dia. 
Tetapi Kita sering terlupa akan hal itu.... 
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. 
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. 
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. 
Bagi Kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri... 
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. 



Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. 

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…? 
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa … 



Tetapi kKita sering terlupa.... 

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami 
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. 
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. 
Harapan dan impian juga kita luahkan. 
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 



Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga ... Kadang-kadang kita terlupa ... 

Sahabat kita juga Ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk 
Menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? 
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. 
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 



Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 

Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…? 
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan ? 
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.. 
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat 
Kerana dia juga seorang manusia, 
Dia juga ada rasa takut , Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa . 
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.. 



Sebagai kekuatan… 

Jadilah Kita sahabatnya itu. 
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan …
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan… 
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan… 
Kita tidak tahu…
Tetapi. Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.. 

No comments:

Post a Comment

tuan tanah

My photo
im..oLyn.. 21 y/old...this year...( beLum cukup lagi..heheh ) korunk bole panggil ak nina .. sakina .. atau lynn.. ak masih study lagi.. student at skool of nurses.. tentang ak..?ak asal perlis.. ak seorang yang simple.. friendly..smily gurl.. always make people laugh..huhuuu :)..jangan risau..ak bukan yang jenis sombong... ak seorang yang riang.. tapi mudah menangis..always smile.. @_@ coz smile make me happy...hehe..im so sorry. ak xley speaking english dengan sempurna..huhuu..tapi ak cuba untuk berspeking english..huhuu..welcome 2 my hauz.. n welcome kawan baru...sorry la blog ak nie xla sehebat blog korunk sume.. =]